Thursday, October 28, 2010

Abang, kuingin menjadi Bidadarimu..

Bismillahirrahmanirraheem..

Pembacaan Solusi isu no. 23, kolum Tanbih oleh Puan Noraslina Jusin sangat mengejutkan Seripagi dari kealpaan menjaga suami tersayang. Penulisannya santai dan bersahaja, menerangkan sesuatu yang pernah saya ketahui sebelum ini. Tetapi olahan dan penyampaiannya dapat menyentakkan  Seripagi dan insyaAllah sahabat-sahabat Muslimat yang membaca. Semoga bermanfaat.

Kita tahu Allah tidak membezakan manusia dengan perkara-perkara lain kecuali dengan nilai tinggi taqwa seseorang.. betul?? Allah juga sebenarnya tidak pernah berat sebelah kepada lelaki ataupun wanita... betul?? Seripagi percaya, dalam usia dewasa ni, kita semua sudah pernah mendengar kupasan-kupasan ayat yang tentang bagaimana lelaki itu ketua kepada wanita. Tetapi tanggungjawab yang digalas oleh kaum lelaki dan wanita itu sebenarnya sama beratnya. Buktinya Allah tidak memberi pahala hanya kepada sang suami yang solat Subuh berjemaah tanpa memberikan pahala kepada isterinya yang sentiasa mengingatkan suami untuk solat berjemaah di masjid. Oklah, soal dosa pahala tu hak Allah, susah kita nak quantify. Bab tanggungjawab pulak, tugas isteri mendidik anak-anak tetapi yang membentuk silibus dalam diri isteri itu adalah sang suami yang mana bermula sejak dia memilih calon isteri tu sendiri .. setuju?? kalau tak setuju takpe tp itu pandangan Seripagi.

Berbalik pada kolum Tanbih, kolumnis ini bertanyakan pada suaminya, kenapa di dalam alquran itu, ganjaran lelaki soleh itu Allah lebihkan dengan adanya bidadari. Pertama kali mendengar/mentadabbur ayat2 yang memberikan ganjaran bidadari kepada lelaki soleh (rijuk surah Al-Waqiah), Seripagi juga menjadi cemburu, rasa tak adil. Dan pada masa sekolah dulu, Seripagi dan kawan-kawan akan bertanya, adakah wanita solehah juga disediakan bidadara yang teruna seperti lelaki soleh yang mendapat bidadari-bidadari yang perawan (baca: bukan satu bidadari tau, ramai... walaupun untuk seorang lelaki soleh). Bukan sedikit rasa cemburu dalam hati Seripagi dan teamn2 waktu itu. Kemudian ustaz/ustazah akan menerangkan bahawa perempuan yang solehah atau isteri2 yang solehah mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari bidadari di syurga, wajah wanita2 solehah adalah lebih jelita daripada bidadari-bidadari syurga. Malah, isteri solehah akan menjadi ketua bidadari syurga. Ok fine...

Apa yang menariknya dalam kolum tersebut, kolumnis mengajak para isteri untuk sentiasa peka dan berhati-hati. Sebabnya, suami-suami kita ini bukan sahaja diperhatikan oleh wanita-wanita lain di dunia, malah diintai juga oleh bidadari-bidadari di syurga. Sudah tentu suami kita suami yang soleh kan? InsyaAllah...

Rasulullah berpesan " Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia. Jika tidak, bidadari-bidadari yang menjadi isterinya di Syurga akan berkata kepadanya, "Janganlah kamu menyakiti, sesungguhnya dia ialah tetamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami" - Riwayat Ahmad no. 22154 dan At-Tirmizi no. 1174 daripada Mu'az bin Jabal r.a.)

Amacam, menyengat tak hadis ni??

Bila baca hadis ni, dada ni rasa cemburu yang mengasak-asak dengan ganasnya. Seripagi terus tersedar yang cinta yang kita bina bersama suami adalah untuk kekal hingga ke Syurga. Seripagi mesti pastikan Seripagi, suami Seripagi dan anak2 Seripagi sampai ke syurga Allah, insyaAllah.

Kesimpulan yang dibawa penulis juga sangat bagus. Beliau meletakkan satu cita-cita yang mesti ada dalam diri setiap isteri iaitu Ku Ingin Jadi Bidadarimu... biaq bidadari gigit jari!! ops...

Wednesday, October 27, 2010

Monolog Akal & Hati 1

Bismillahirrahmanirraheem

Di suatu petang ...

Akal : Assalamualaikum Hati. Awat yang sedey sangat tuh?

Hati : Waalaikumussalam Akal. Biasalah, aku ni kan Hati. Kadang2 suka Hati, kadang2 sedih Hati

Akal : Alahai, nak berdalih2 pulak dengan aku. Aku tau ko sedih kenapa. Kita ni kan satu ruh. Ko sedey dengan manusia itu yer?

Hati : Entah lah, Akal. Aku pun tak tau kenapa aku rasa camni? Tiap kali aku nampak dia je, aku rasa tak best. And aku akan rasa sedey.

Akal : Tuhla engkau, sensisitif sangat. Walaupun ko tu Raja kepada ruh, aku ni assistant jee... biarlah aku cuba redakan sikit perasaan kecamuk ko tuh. Aku tau kenapa sedih bila tengok dia Hati. Sebenarnya ko rasa dia tuh lebih baik daripada ko. Sebenarnya ko sedih kenapa dia takmo kawan dengan ko, betul tak?
Hati :  Hmm.. biasalah fitrah Hati, sukakan yang baik.

Akal :  Hati, kenapalah ko nak sangat berkawan dengan dia? Kenapalah ko nak ambil perhatian manusia macam dia? Kita semua ni kepunyaan Allah. Hati dia pun kepunyaan Allah. Dah dia rasa tak best nak kawan dengan ko, ko tak bole nak paksa. Ko sendiri tak suka kalau dipaksa kan?

Hati :  Betul. Aku memang tak suka dipaksa. Tapi kalau untuk perkara kebaikan, aku akan paksa diri! Bukan ke merapatkan silaturrahim itu sangat diberatkan Rasulullah?

Akal: Betul. Aku rasa ko dah buat yang termampu. Aku rasa ko pun takde dosa dengan dia dah, insyaAllah. At least ko dah pernah minta maaf. Kemaafan itu atas dia untuk memberikan. Jadi apa lagi yang ko paksakan diri ko tuh. Wahai Hati sahabat karibku, selain manusia yang satu itu, ko ade ramai lagi kawan, sahabat dan teman. Teman-teman yang suka berkawan denganmu, kawan-kawan yang sayang padamu, sahabat-sahabat yang selalu merindukan kehadiran mu. Bersyukurlah Hati, sebab kau telah Allah beri nikmat dikelilingi oleh teman-teman yang mahukan apa yang kau mahukan. Teman-teman yang cintakan majlis ilmu, rebutkan solat jemaah, tazkirah antara satu sama lain, kelakar, boleh dibawa bicara suka dan duka. Kau selalu dambakan suasana ini di pejabat. Nah, sekarang Allah sudah beri. Kau masih belum bersyukur, bahkan kau meminta lebih lagi!

Hati :  Astagfirullahal Azeem.. ya Allah, ampunkan dosaku ya Allah. Benar wahai Akal, Allah benar2 sudah kabulkan doaku. Belumkah aku bersyukur dan aku telah meminta yang lain dariNya. Ya Allah, aku berdosa ya Allah. Ampunkan ketamakan ku, kelalaianku, kelemahanku ya Allah.  

Akal : Percayalah Hati, ada orang yang lebih menyayangimu lebih dari nyawa mereka sendiri. Dan ada orang2 yang kau lebih sayang melebihi diri kau sendiri. Yang penting orang itu bukan dia. Kenapa tidak kau jaga sahaja mereka ini dan jangan membuat musuh dengan manusia lain. Jaga amalanmu. Sentiasa berbuat makruf dan menegah yang mungkar. Aku rasa itu sudah cukup.

Hati: Aku tahu. Tapi aku rasa tak puas hati dengan perilaku dia. Kenapa susah sangat dia nak buat macam biasa? Hodoh sangat ke aku ni sampai tak layak berkawan dengan dia. Mulia sangat ke dia sampai melayan aku macam ni? Macam bagus saja.

Akal : Kau sedar tak kau yang sebenarnya berprasangka yang bukan2 terhadap dia. Mungkin dia hanya bersikap bersahaja. Itu adalah diri dia. Kau siapa hendak menentukan bagaimana orang patut melayan dan bersikap terhadap kau? Kau cakap kau nak berkawan dengan dia. Tapi aku rasa sebenarnya kau tak ikhlas pun nak berkawan dengan dia. Itu bermakna ko ada maksud tersirat terhadap dirinya. Manusia itu pelbagai ragamnya menunjukkan Allah itu Maha Hebat dan Kaya. Hati sayangku, ko selalu mengingatkan aku yang pandangan manusia itu tiada nilainya dibandingkan pandangan Allah. Ko patut lebih risaukan pandangan Allah terhadap mu. Secara ikhlasnya, aku memang rasa dia tu lebih baik daripada kita. Kita tengok dia macam kurang friendly tapi sebenarnya itu adalah dirinya. Biarkanlah dia dengan dunianya sendiri. Usah lah kau pedulikan dia jika dia menyakiti dirimu. Kau pun tahu, itu semua kerja syaitan yang mengasak.

Hati : Terima kasih Akal. Aku ini sudah kotor. Titik-titik hitam ini semakin menambah dan semakin menebal. Aku juga semakin risau melihatkan diriku yang penuh noda-noda kotor ni. Aku sentiasa berniat untuk persembahkan taubat kepada Allah. Tapi niat tinggal niat. Allah, bantulah aku ya Allah.

Akal : Alhamdulillah kalau kau dah ok. Aku nie pun hasil pembentukan dari kau Hati. Selagi kau tak jemu mendidik aku dengan Islam, insyaAllah kau akan dapat hasil yang baik dari aku. Selagi kau menjaga aku dengan Islam, aku juga akan menjaga kau dengan Islam. Aku sayangkan kau.

Hati: Terima kasih Akal. Kau bantu aku di saat aku buntu. Aku akan menjaga kau dengan bantuan Allah. Aku juga sayangkan kau.

Kemudian Hati merintih kepada Pemiliknya..

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku.. Kau lebih mengetahui kesedihan hatiku. Kau lapangkanlah dadaku dengan perilaku manusia yang pelbagai macam. Kau hauskanlah hatiku untuk mendapat perhatian Mu. Kau jemukanlah aku daripada perhatian manusia. 

Ya Allah, sesungguhnya aku ini hambaMu yang sangat lemah. Aku ini hamba Mu yang biasa-biasa saja ya Allah. Imanku ini mungkin lebih rendah daripada iman hambaMu yang biasa-biasa juga ya Allah. Aku ini hambaMu yang celaka ya Allah, yang sentiasa tewas dengan asakan syaitan yang lemah. Aku hambaMu yang sentiasa lupa dan lalai, culas dan lemah..

Sungguhpun begitu ya Allah, aku amat butuh keprihatinanMu ya Allah... pandanglah aku ya Allah..walaupun aku tidak layak dipandang olehMu ya Allah... aku malu dengan dosa-dosaku ya Allah. Tapi pandanglah aku ya Allah. Aku inginkan rahmatMu ya Allah.. Kau merindui hamba-hambaMu yang merintih ya Allah.. hambaMu ini juga rindu untuk merintih padaMu ya Allah... Kurniakanlah kemanisan iman kepadaku ya Allah, kurniakanlah rindu berkhalwat denganMu ya Allah... Aku pasrah ya Allah..


Ameen..

Begitulah berakhirnya monolog Hati dan Akal demi mencari redha Rabbnya, insyaAllah..

Friday, October 22, 2010

Hoax ..

This is referring to my last post, which by now you realise no longer here. I have received some comments saying the giant skeleton story is hoax. It would be so good if it is true as we can see the finishing of the arrogant 'Aad before our eyes. But anyway,  i have removed it. Seripagi will have to be extra careful to post such stories. Thanks all.