Monday, March 1, 2010

Bekerja Waktu Malam Boleh Kena Kanser

Bismillah..

hampir setahun tak mencoret rasa. Sikit sharing for warming up.. ;)

<http://www.tintarestu.com/kesihatan/bekerja-waktu-malam-boleh-kena-kanser/>

August 13th, 2008 by Hady

Adakah anda bekerja di waktu malam atau anda suka berjaga semalaman? Jika benar, ini adalah masanya untuk anda berwaspada bagi menghindarkan kanser. Ada sebuah kajian terbaru menyatakan bahawa bekerja di waktu malam akan menyebabkan tubuh anda mengeluarkan karsinogen (zat penyebab kanser). Bekerja waktu malam bukan saja mengganggu kebiasaan jam biologi tubuh. Kajian yang dilakukan oleh International Agency for Research on Cancer (IARC) dari WHO telah menyebut bahawa berjaga di wwktu malam menghasilkan sel kanser payudara bagi wanita dan kanser prostat bagi lelaki.

Para pengkaji berpendapat bahawa kerja di waktu malam mengganggu kebiasaan biologi tubuh. Hormon melatonin yang menggalakkan pertumbuhan tumor biasanya dihasilkan di waktu malam. Kurang tidur menyebabkan sistem kekebalan tubuh mudah diserang sel kanser dan tidak mempunyai kekuatan untuk bertindakbalas. Vincent Cogliano salah seorang anggota IARC menyatakan bahawa berlaku pingingkatan penderita kanser di kalangan pekerja malam.

Sebenarnya hampir 20 peratus dari keseluruhan pekerja di negara-negara yang meningkat maju adalah pekerja malam. Jika benar bekerja malam memang berbahaya maka ramailah dari pekerja ini lambat-laun akan terkena kesannya.

Sebuah kajian mengenai bekerja malam ini pernah dilakukan juga sebelum ini iaitu pada tahun 2001 oleh satu kumpulan dari Fred Hutchison Cancer Research Center di Seattle. Mereka menemukan bahawa 60 peratus dari wanita yang bekerja malam lebih cenderung mengalami risiko kanser payudara. Beberapa ujian yang dilakukan ke atas tikus juga mendapati bahawa bila kebiasaan biologi tubuh terganggu maka ia akan menggalakkan penghasilan sel tumor. Sebuah kajian lain menyatakan bahawa pekerja pemadam kebakaran yang sering menghidu asap, bahan kimia, debu dan perlu bekerja di waktu malam mempunyai risiko mengidap kanser dan serangan jantung yang lebih tinggi.

Islam dengan jelas menggalakkan umatnya agar memilih siang sebagai masa untuk bekerja dan malam sebagai masa untuk berehat. Ini dapat kita perhatikan dalam beberapa ayat dalam Al-Qur’an:

Al-An’am 6:96. Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar) dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

Al-A’raf 7:4. Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab siksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari atau ketika mereka berehat pada tengah hari.

Yunus 10:67. Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya).

An-Naml 27:86. Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.

Al-Qasas 28:72. katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat, tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?

Al-Qasas 28:73. Dan di antara rahmat pemberianNya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan juga supaya kamu bersyukur.

Ghafir 40:61. Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

Al-Naba’ 078:9. Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

Al-Naba’ 078:10. Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?

Al-Naba’ 078:11. Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki?

Sebenarnya Islam menggalakkan umatnya menjadikan malam sebagai masa untuk bersama keluarga, berehat dan beribadah. Ini dijelaskan oleh ayat-ayat berikut:

Al-Muzzammil 73:1. Wahai orang yang berselimut!.

Al-Muzzammil 73:2. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

Al-Muzzammil 73:3. Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

Al-Muzzammil 73:4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Qur’an dengan ‘Tartil’.

Al-Muzzammil 73:5. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Qur’an yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

Al-Muzzammil 73:6. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

Al-Muzzammil 73:7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya,

Al-Muzzammil 73:8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Pada hemat saya, ayat-ayat di atas menjadi bukti bahawa fitrah (kebiasaan biologi tubuh) untuk bekerja adalah di waktu siang dan sekiranya fitrah ini terganggu, ia akan menyebabkan berlakunya gangguan terhadap kesihatan.

InsyaAllah akan ada sarjana Muslim di masa akan datang yang akan menemukan bahawa sebahagian malam yang diperuntukkan bagi beribadat kepada Allah berfungsi antara lain menghindarkan dari penyakit kanser atau sekurang-kurangnya membantutkan pertumbuhan kanser.


Wallahua’lam

Sunday, March 22, 2009

Aisyah's Birthday, Thanks to you people :)

Bismillah...

Birthday Aisyah went well. Ramai yang turn up. Aisyah dapat hadiah yang comel2. Thanks to Mama Lina & Family, Aunty Ed & Family, Aunty Salwa for the Cow umbrella (she loves it ver much, tidur pun buat bantal peluk), Raihan & Julia (thank you sbb datang jugak though Syalie takde), Uncle Shahrom & Family, Acik Len & Family, Busu & Family and Hajar's parents yang sudi datang jugak walaupun ada hal lain before that.

My highest appreciation to Tok Ma Aisyah, Tok Bah, Tiya, Busu Ha, Ayah Akif and Mama Hajari rumah for hosting this for Aisyah. Everythings are great and neat (walaupun ada sedikit ribut la kan ;)), thanks to Aisyah's nenek, atuk, Aunty Ina and Busu Ana for helping out and the big choc secret recipe cake!

Last but not least, beloved daddy sayang, for the overall support and logistic manager :). Daddy bagi Aisyah hadiah paling besar dan paling advance sekali which is basikal budak umur 6 tahun hehehehe... nasib baik Aisyah tak takut nak naik and turun from the bike sebab kalau naik mmg kaki dia tergantung. Daddy kata takpe, Aisyah cepat tinggi, sikit lagi dia boleh kayuh le tuh, thank you Aisyah's ambitious daddy :D

This morning, got a TED video and very interesting to share especially towards the Earth Hour nnt.. The title is "How to grow your own fresh air" hope this count as a little contribution of mine hehe
http://www.ted.com/talks/view/id/490



Thursday, March 19, 2009

Profile updated and I'm tagged!

Bismillah..

  1. Before i proceed with Kak Ayu's kind tagging :p, i would like to update a bit of me here. Alhamdulillah, hubby sayang reached home early this month... for good (yeay!!). To date, he's paying back all the baby-sitting debt with Aisyah at home while actively searching for job. Rabbi yassir laka, sayang.. :)

  2. We are all flying for his convo and holiday end of the month. Hope Allah facilitate our journey...
  3. We are celebrating Aisyah's birthday this weekend since hers on the Tuesday and the next Saturday we will be flying.. still hasnt got her any present, plan to get her something nice during the trip but i should still get her something shouldnt i??

  4. ok now, Kak Ayu's tag...

(one photo from the 6th folder. cant get the 6th pic coz have to some elimination jugak lerr.. :))

This phota taken on 18 Feb 2007. Cuba teka sape budak boyot kat atas ni?? (drumroll..) Presenting you... AISYAH AZIZUL!!! Yes, she is a girl hehehhe

Masa ni Aisyah is 11 months old. Fully breastfed. Badan berketul2 tapi ni dah kurus dah sebab dah sibuk berdiri. She skipped crawling (walaupun sekarang asik nk crawl je especially kalau main jadi baby). Masa ni, mmg Aisyah tak suka berbaju sebab cepat berpeluh. Asik sibuk suruh bukak baju. Masa ni, Aisyah dah ada gigi sebab after thic pic, ada pic yg dia tgh geram gigit tag baju yg dia tengah tengok sambil angkat kening tuh. Masa ni, rambut aisyah tak tumbuh lagi, tumbuh pun pendek2 dan halus2 je. Semua orang ingat Aisyah boy, walaupun Mummy pakai kan baju princess hehehe

Aisyah now has grown so much. In fact, we are celebrating her 3rd year of age tomorrow. Surrounded by adults make her so matured and adult herself. Hubby cant wait to send her to school untuk mengekalkan keremajaannya ;). Let me share with you her recent photo (tu pun tak recent sgt la sebab jarang amik gambar)

OK, Aisyah, if one day you have the chance of reading this, pic above is taken on 23rd December 2008 at 2.34am. At this age (even till yesterday) you are having problem sleeping at night. Its not an abnormal problem because i know why :). During the day, Syasya tido sepanjang hari sebab hanya ada Syasya dengan Tok Ma je kat rumah, so you are prone to sleep during the daylight hehehe bila malam menjelma, its playtime!! Malam-malam baru mummy balik, Tiya balik, Ayah akif dgn Mama Hajar pun ada. You would be very happy and excited though kitorang semua akan saspen sbb tau Syasya segar bugar dan akan tido lambat :) last sekali yang menjadi mangsa ialah Mummy ops... dan Tiya sekali yang teman Aisyah main sampai kul 7 pagi kadang2 hihii

But that what amazed me about being a mother, you just sont know form where you source the energy and strength. Sleep is my weakness all this while!

So, that night, to avoid you watching the TV, we started our big project. Your First 6 Years Book bought by Daddy. I do the layout design and Syasya do the cosmetic design. The book mmg ada banyak sticker, so syasya betul2 enjoy sticking them... not only in the big book, but all the places... katil, almari, kerusi, lantai dan badan sendiri... :)

tapi time ni, Aisyah dah feminine sikit sbb Mummy biar Aisyah rambut panjang and Aisyah pun dah mahu pakai rantai.. i love you, sayang...

OK guys, till then..

Maassalamah