Monday, June 20, 2011

Warkah Buat Babah

Warkah ini kutitip buat Babah
Lelaki yang pertama hadir dalam hidupku
Bersama kasih dan cinta
Bersedia menggalas Nad sebagai tanggungjawab dan amanah Rabbul A’la

Babah yang kusangka kukenal dirinya
Yang sepanjang hidupku sentiasa memastikan
Keberadaannya buatku
Di waktu jatuh dan tangisku

Babah yang kupernah lihat
Setiap riak wajahnya
Ketika lena dan bangun
Cakapnya tidak banyak kecuali
Lawak yang memecah tawa membawa ceria keluarga
Sangat jarang marahnya kecuali
Hal-hal yang berkaitan agama


Tidak pernah memukul kecuali
Rotan yang berupa surat khabar, tali pinggang atau penyangkut baju
Yang mula singgah saat bermula usia 10 tahun
Di penghujung hari-hari bila ditanya
Statistik solat yang tidak cukup lima
Nad masih ingat, Babah akan beri bertanya
Di mana rotan patut mendarat
Di punggung, kaki atau tapak tangan
Nad juga telah pernah merasa daratan rotan di semua tempat itu
Sakitnya memang lain perisa
Tapi untuk tidak dirotan menjadi pilihan utama (sebab sakit oii..)


Beratnya Babah memang kepada solat
Tidur awal atau lewat
Waktu Subuh tetap dikejut hanya sekali
Diberi hanya beberapa ketika untuk bangkit
Jika tak bangkit, basahlah bantal kuyuplah muka (percik-percik ni tak main la huhu)
Nak melawan memang tak berani
Pernah juga membentak sesekali
Katanya ‘biar basah di dunia, tak hangit dibakar neraka’

Babah yang kusangka kukenal
Sangat pandai memujuk
Jarang sekali dapat keluar bersama rakan taulan
Bermalam di rumah nenek yang kami lepak hari-hari pun payah
Katanya ‘nanti Babah rindu anak-anak Babah tak ada di rumah’ atau
‘nanti Babah tak boleh tidur kalau anak-anak tak ada di rumah. Nad tak kesiankan Babah ke?’
Kedengaran memang mengada-ngada sekarang
Tapi waktu kecil dahulu, memang terpujuk habis 

Babah yang kusangka kukenal
Jarang sekali meminta sesuatu kecuali
Satu mug Nescafe selepas makan malam
Dia akan meminta sama ada dari mama, Seera atau diriku sendiri
Katanya Nescafe kami ada istimewa sendiri
Walaupun kami tahu itu hanyalah trick untuk mendapatkan Nescafe
Nad dan adikku akan tetap membancuh dengan gaya yang tersendiri

Babah yang kusangka kukenal
Memang sangat relax dan sporting hampir dalam seluruh hal
Dia tidak kisah jika tidak mendapat nombor satu di dalam kelas
Dia juga tidak kisah jika anak-anak jiran lebih berjaya daripada anak-anaknya
Pesannya ‘berlumba bukan dengan orang, berlumba dengan diri sendiri’


Pernah ketika sekolah rendah
Pelajaranku di sekolah agama terus merosot dan merosot kerana aku tidak minat
Bermula lah episod Babah datang ke sekolah di awal-awal penggal
Memastikan ustazah memindahkan tempat dudukku ke paling hadapan sekali
Supaya Nad tidak dapat tidak, mesti menumpu perhatian
(maklumlah, ustazah dan guru Zaman dulu garang-garang!)

Babah yang kusangka kukenal
Adalah seorang yang sangat protective
Berhantar berjemput setiap hari
Dari Zaman sekolah sampai universiti (eh, ke sekarang pun sama? ;))
‘Anak manja’ dan ‘anak abah’ menjadi jolokan diri
Kawalan ketika remaja apatah lagi
Gagang telefon jarang dilepas
Terutamanya jika si pemanggil berjantina lelaki
Siap lah Nad ditanya bertubi-tubi

Babah yang kusangka kukenal memang tidak ekspresif
Seingat Nad, apabila baligh sahaja dia sudah tidak suka jika pipinya diciumi
Tapi Nad cium juga pipi dan dahi pada hari raya
Walau nanti Babah tunjuk muka kegelian


Sehingga kini susah nak ingat bila dibilang sayang
Sampai sekarang rasa susah nak ingat bila dipeluk kali terakhir
Ketika Nad mendapat kejayaan dalam peperiksaan besar
Ketika Nad memanjat pentas mengambil hadiah
Nad hanya dapat melihat senyuman puas Babah
Itu pun sudah cukup membuat Nad merasa cukup disayangi
Tika Nad menulis ini pun Nad hanya ingat 3 buah ciuman yang Babah beri
Itu pun yang tak disangka-sangka yang membuatkan momen itu istimewa
Mungkin Babah juga telah lupa
Babah cium pipi ketika di hari konvokesyen ketika Nad keluar dari dewan
Babah cium pipi ketika Nad usai diijabkabulkan oleh dirinya sendiri
Babah cium pipi ketika Nad ditolak ke bilik operasi untuk pembedahan major pertama.. melahirkan
Bah, itu memang ciuman ikhlas yang masih dapat Nad ingat sampai sekarang

Tetapi, sungguhpun Nad sangka Nad telah kenal seorang Babah
Sungguhpun Nad sangka banyak yang Nad ingat tentang Babah
Itu hanyalah suratan yang terzahir di mata kecil ini
Ada banyak lagi yang Nad tidak kenal, tidak lihat, tidak rasa atau terus lupa tentang Babah


Nad tak dapat ingat suara iqamat pertama yang kau bisikkan ke telinga ini
Yang mungkin hanya sebesar ibu jarimu ketika itu
Nad tak dapat ingat waktu-waktu berada dalam dakapan tangan sasa Babah ketika kecil
Nad tak dapat ingat tika bila Babah pimpin tangan waktu melintas jalan
Nad tak dapat ingat yang Babah selalu mendukung Nad bila tertidur dalam kereta
Nad tak dapat ingat bila Babah jaga Nad waktu Mama sarat dengan adik-adik yang lain
Nad tak dapat ingat bila Babah memimpin tangan ketika Nad belajar bertatih
Nad tak dapat ingat bila Babah sangat memanjakan Nad ketika kecil


Terlalu banyak yang Nad tak tahu tentang Babah sebenarnya
Terlalu banyak yang Nad sudah lupa tentang Babah
Rasanya jika dapat diulang tayang, ingin dilihat dan didengar semula
segala perkataan, perbuatan dan belai ihsan 
Terlalu banyak yang Nad masih tak kenal Babah rupanya
Bertuahlah jika ada seorang anak yang sangat mengenali bapanya
Nad harap masih ada waktu
Untuk kutitipkan betapa kasihnya Nad pada Babah
Walaupun sebenarnya tidak dapat menandingi kasih Babah kepada diriku


Hanya satu yang berhak bagimu Babah
Seperti yang pernah Babah ajarkan
Tiada tandingan selain nikmat yang satu itu
Yang selalu kupanjatkan kepada Tuhan
Agar dihimpunkan kita semua di Jannatul Firdausi
Sebagai satu keluarga
Ameen..

Selamat Hari Bapa, Babah! :) 

Wednesday, May 4, 2011

Antara ayat-ayat Allah Makkiyah dan Madaniyyah..di mana kita??

Bismillah..


Secara literal, kita selalu ingat ayat Makkiyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan di Mekah, ayat Madaniyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan di Madinah.


Tett... SALAH!


Kata ustaz ayat-ayat Allah Makkiyyah adalah ayat-ayat Allah yang diturunkan sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah. Ayat-ayat Makkiyyah banyak berkisarkan penguatan aqidah kepada Allah SWT.


Ayat-ayat Madaniyyah pula adalah ayat-ayat Allah yang diturunkan selepas hijrah Rasulullah ke Madinah. Ayat-ayat Madaniyyah ada juga yang berkisarkan syariat Islam dan muamalah. 


Antara ayat Makkiyyah dan Madaniyyah, kita di mana? 


Ustaz kata, kita tidak berada di antara mana-mana ayat ini kecuali sangat sedikit. Maksudnya, kes aqidah pun tak settle, kes syariah muamalah masih fail.


Betullah vision nabi lebih 1400 tahun yang lampau, umat islam di akhir zaman adalah sangat ramai tetapi hanya umpama buih-buih di lautan;



“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. bertanya,
 ”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.
Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.“
Sahabat bertanya lagi,
“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
Wallahua'lam 

[buih+di+lautan.jpg]
~Buih di laut, wujudnya cuma sedetik cuma. Hilang dijentik angin, terhempas ke pasir atau hilang dengan sendiri tanpa disedari~

Monday, April 25, 2011

Nak duduk dalam kubur freehold ke leasehold?

Di suatu tengahari, selepas kuliah daripada Ust Husni (Zakat)

Seripagi :  Laa saya baru tahu yang orang kata kubur tu tanah 'leasehold' tu maksudnye apa..
Pakcik : Hmm selama nie kamu ingat macam mana?
Seripagi : Selama nie saya ingat memang la semua tanah tu 'leasehold' sebab semua yang ada di dunia  ni kan                
pinjaman Allah jee..

Pakcik : Habis tu sekarang yang kamu faham macam mana?
Seripagi : Tadi ustaz cakap, 'leasehold' tu maksudnya, setiap kubur boleh digali semula untuk 'top-up' dengan jasad lain kalau dah tak ade tanah kubur. Itu sebabnye tak boleh ada binaan atas kubur, nanti nak top-up susah.

Pakcik: Tapi ade juga yang dapat tanah kubur freehold. Awak nak satu?
Seripagi : Haa? ade ke? Cemana?

Pakcik : Kenalah jadi VIP.. kalau VIP kubur tu untuk dia je, nak tanam orang lain tak boleh dah..
Seripagi : ohhh nak kena jadi VIP la pulak

Pakcik : Awak pun boleh jadi VIP!
Seripagi : Saya? Nak jugak.. mcm mana?

Pakcik : Matilah syahid atau hafaz lah Al-Quran. Jasadnya tak hancur dek bumi. Jadilah dapat lah kubur freehold sebab tak boleh nak top-up!
Seripagi : Saya setuju!! :)


Kematian - Suatu Yang Pasti
Kematian – Suatu Yang Pasti