Monday, July 19, 2010

Allah itu dekat!!

Seripagi came across this aayah al-baqarah ayat 186:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang AKU, maka sesungguhnya AKU DEKAT. AKU kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila mereka berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku agar mereka memperoleh kebenaran'

Ya Allah, sesungguhnya aku sangat kurang berdoa kepada Mu dan sesungguhnya Kau masih sangat sayang pada hamba ini. Aku bersyukur.

Tuesday, July 6, 2010

Setting baru.. semangat baru


Settting Baru
hmm tgk la blog ni dah letak setting baru... edit beberapa setting baru dan clean up a few things kat 'rumah tinggal' ni. walaupun oramg tau ni blog 'monolog-nadrah' tetiba je rasa nad pakai  nama lain iaitu seripagi. tapi kat url tu tak boleh nak ditukar dah so biar je la..

tiba2 rasa nak menulis semula eh bukan nak men'conteng' semula. rupa2nya kat dalam pejabat seripagi ni ramai jugak kakak2 yang mempunyai dunia alam maya tersendiri. Mereka2 ni menulis blog dan mempunyai facebook. Seripagi baru tau lepas kami pergi ke teambuilding division hari tuh. Hmm best jugak teambuilding hari tu!!. Modul2 nya tak lah se'best' teambuilding yg seripagi pernah pergi sebelum ni tapi yang best ialah knowing the other side of the coin of everybody (well not all but most of them). Seripagi tak tau la macam mana orang lain assess diri seripagi ni sebab rasanya tak banyak beza diri seripagi dalam ofis dan luar ofis. Seripagi punya motto senang je: 'Work Hard, Play Hard'! Tapi macam mana pun, memandangkan teambuilding nih diconduct in-house, it is beyond my expectation. Thumbs-up to the training college!!!


Letih..

Di saat ini seripagi rasa sangat letih. Susu badan dan semakin kurang. Bila memerah rasa struggle dan stress sebab hasil perahan kadang2 umpama tidak berbaloi. Hari-hari masih perlu memerah sebab anakanda tidak tolerate formula lagi. Kalau bagi formula, dalam 5 kali hanaya 1 kali yg berjaya minum tanpa muntah. Bila diadu pada ibu matronku, dia bantu dengan pil tambah susu. Pil yg perlu dimakan 3 kali sehari dan menyebabkan mengantuk yang amat. Jadi seripagi rasa kualiti kerja (apa2 kerja pun) macam ter'compromise' sikit. Rasanya pil tu mmg nak suruh kita rehat kan diri dan tidur. Demi kasihkan anakanda dan passion of breastfeeding, kuambil jua (plus ibu matron yang rajin menge'check' sama ada dah makan ubat ke belum).


Tapi to keep the perspective positive, seripagi bersyukur sebab anakanda sayang sudah pun berusia 6 bulan. Alhamdulillah, thank you Allah atas segala nikmat dan pertolongan-Mu. Journey breastfeeding ini akan kuteruskan sehingga betul2 selesai. Ku masih pertolonganMu ya Allah..


Sekali- sekala dapat mencoret rasa memang best. Nak2nya bila menulis guna bahasa yang ala2 nak tulis novel hahaha. Apa2 pun seripagi selalu beritahu diri sendiri untuk:

Keep smiling, keep shining

Knowing you can always count on me, for sure
That's what friends are for
In good times, in bad times
I'll be on your side forever more
Oh, that's what friends are for

We are all the best friend of ourselves, aint we?

Thursday, April 29, 2010

Gerabak komuter wanita dapat reaksi positif

PENUMPANG wanita lebih selesa dan selamat berada dalam koc wanita yang disediakan oleh KTM Komuter bagi laluan Sentul ke Pelabuhan Klang bermula semalam.

KUALA LUMPUR 28 April - Aksi seorang lelaki yang pura-pura berdiri dan bersedia untuk keluar ketika dimaklumkan dia tersalah memasuki gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter telah mencuit hati pengguna yang turut berada dalam koc yang sama.

Gelagat terpinga-pinga Ong Chow Kent, 25, bermula setelah dia diserbu sekumpulan wartawan yang terkejut apabila melihat terdapat seorang lelaki dalam gerabak itu yang sepatutnya dinaiki oleh golongan wanita.

"Saya memang mengetahui tentang gerabak khas ini tetapi tidak tahu gerabak yang mana satu. Mungkin sebab saya tidak menyedari adanya pelekat-pelekat yang ditampal di gerabak ini.

"Namun apabila saya masuk ke dalam gerabak, saya mula menyedari yang saya sahaja penumpang lelaki dan saya tidak boleh buat apa-apa kerana komuter sudah mula bergerak," katanya.

Namun, katanya, usaha pengasingan gerabak ini memang baik dan wajar diteruskan kerana ia mampu menjamin keselamatan dan keselesaan kepada pengguna wanita.

Gerabak khas wanita KTM Komuter yang mula diperkenalkan hari ini, merupakan inisiatif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada golongan itu daripada risiko gangguan seksual.

Pemangku Pengurus Besar KTMB, Mohd. Hidir Yusoff berkata, langkah mewujudkan gerabak itu dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima menerusi kajian yang telah dilakukan oleh KTMB.

"Mengikut kajian yang kita lakukan selama seminggu, didapati 60 peratus pengguna komuter adalah wanita.

"Justeru, melalui kajian itu, KTMB berasa perlunya diwujudkan satu gerabak yang dikhaskan untuk mereka sebagai langkah mengurangkan rasa ketidakselesaan apabila tiba waktu puncak ketika menggunakan perkhidmatan ini," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, bagi memudahkan penumpang mengenal pasti gerabak tersebut, KTMB telah menampal pelekat khas di tingkap, pintu dan di dalam tren gerabak.

Tambahnya, selain pelekat tersebut, penumpang juga boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian gerabak itu melalui kain rentang yang dipamerkan di landasan dan tiang berwarna merah jambu.

"Gerabak ini berada di tengah di antara ketiga-tiga gerabak dan boleh digunakan oleh pengguna wanita sepanjang masa termasuk pada waktu cuti umum dan hujung minggu," katanya.

Dalam pada itu menerusi tinjauan yang dilakukan, rata-rata pengguna perkhidmatan komuter yang ditemui menyokong inisiatif yang dilakukan oleh KTMB itu.

Seorang pengaturcara komputer, Faradilla Khudri, 28, berkata, pengasingan yang dilakukan oleh KTMB itu wajar diberi pujian kerana memahami kehendak pengguna wanita.

Menurutnya, dengan adanya pengasingan seperti itu, pengguna wanita akan berasa selamat kerana tidak lagi perlu berasa bimbang sekiranya terpaksa berhimpit-himpit ketika menggunakan perkhidmatan itu pada waktu puncak.

"Pengasingan ini sangat praktikal untuk wanita yang berseorangan dan ia juga bagus untuk wanita yang mengandung kerana ia selesa dan selamat untuk kami," katanya."

Sementara itu, seorang jururawat, Nancy Ruby Ganapiagasam, 22, berkata, dengan adanya gerabak itu, golongan wanita mampu menarik nafas lega kerana tidak lagi perlu berasa risau akan keselamatan mereka.

"Dulu bukannya keselamatan kita tidak dijaga, tetapi sekarang ia lebih terjaga kerana tidak perlu lagi bersesak-sesak dengan pendatang asing yang gemar mengambil kesempatan," katanya.

Dalam pada itu menurut mahasiswa di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Amiruddin Nordin, 24, gerabak khas itu sememangnya perlu diwujudkan untuk mengelakkan masalah gangguan seksual terhadap wanita.

"Dalam keadaan yang sesak dan terpaksa berhimpit-himpit, semua orang akan berasa tidak selesa apatah lagi bagi pengguna wanita.

"Oleh itu dengan adanya gerabak ini, diharap ia mampu memberikan keselesaan dan menjamin keselamatan wanita daripada menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya