Wednesday, November 24, 2010

Sebenarnya....

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Monday, November 15, 2010

Salam Eid Adha

Jom tengok apa perkara-perkara yang disunatkan sebelum mengerjakan sembahyang hari raya esok:

1. Menghidupkan Malam Hari Raya
As-Syeikh Qulyubiy di dalam kitab Hasyiyatan telah menyebutkan bahawa sunat hukumnya menghidupkan malam hari raya dengan berzikir, mengerjakan sembahyang terutama sembahyang sunat tasbih. Adalah memadai menghidupkan malam ini pada sebahagian besarnya dan sekurang-kurangnya ialah dengan menunaikan sembahyang Isya’ berjemaah serta berazam untuk menunaikan sembahyang Subuh (dengan berjemaah).

2. Melaungkan Takbir Hari Raya
Sunat melaungkan takbir dengan suara yang jahr (nyaring), sama ada di rumah, masjid, pasar atau sebagainya pada malam hari raya fitrah dan hari raya adha selepas terbenamnya matahari sehinggalah imam mengangkat takbirah al-lihram sembahyang hari raya. Takbir ini dinamakan mursal dan mutlaq (takbir yang tidak terikat selepas sembahyang dan dilaungkan bila-bila sahaja). Sementara takbir muqayyad (takbir yang terikat dan dilaungkan sebaik sahaja selesai sembahyang fardhu, sunat, tunai atau qadha), takbir muqayyad ini khusus bagi hari raya adha dan bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Bermula takbir tersebut pada subuh hari arafah sehinggalah asar di akhir hari tasyriq.

Apabila bertepatan malam hari raya itu dengan malam jum‘at, menurut asy-Syibramalisiy, lakukanlah pada malam tersebut dengan bertakbir, membaca surah al-Kahfi dan bershalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.


Lafaz takbir yang disunatkan itu ialah:

Orang yang menunaikan haji atau umrah tidak disunatkan bertakbir hari raya adha melainkan selepas dia mengerjakan sembahyang zhuhur di hari raya adha. Mereka disyariatkan bertalbiah di malam hari raya itu.


Pada sepuluh Dzulhijjah, sunat mengucapkan takbir apabila melihat atau mendengar suara binatang korban. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban).” (Surah al-Hajj: 28)

3. Makan Sebelum Sembahyang Hari Raya Fitrah Dan Sunat Tidak Makan Sebelum Sembahyang Hari Raya AdhaSunat makan terlebih dahulu sebelum mengerjakan sembahyang hari raya fitrah dan sunat menahan diri sebelum mengerjakan sembahyang hari raya adha. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Buraidah Radhiallahu ‘anhu, katanya:

Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar (mengerjakan sembahyang hari raya) pada hari raya fitrah sehinggalah Baginda makan dan tidak makan pada hari raya adha sehinggalah Baginda sembahyang (hari raya adha).” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Pada hari raya fitrah itu sunat makan beberapa biji tamar (dengan bilangan yang ganjil) sebelum mengerjakan sembahyang hari raya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu, katanya:

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar di awal pagi hari raya fitrah sehinggalah Baginda makan beberapa biji tamar.


Berkata Murajja bin Raja’: “Diceritakan kepadaku ‘Ubaidullah katanya: “Diceritakan kepadaku Anas daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “dan Baginda memakannya (tamar) dengan bilangan ganjil.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

4. Mandi Sebelum Sembahyang Hari Raya
Sunat mandi sebelum mengerjakan sembahyang hari raya sebagaimana disunatkan mandi sebelum sembahyang Jumaat. Ini kerana hari tersebut berkumpul ramai orang untuk mendirikan sembahyang.


Demikian juga sunat berharum-haruman, menghilangkan bulu-buluan, memotong kuku dan menghilangkan bau-bauan pada badan dan pakaian. Dalam hal memotong kuku dan menghilangkan bulu-buluan ini tidak disunatkan bagi mereka yang hendak melakukan ibadat korban melainkan setelah menyembelih binatang korbannya.


Sementara waktu mandi pula, menurut pendapat yang ashah dan disepakati oleh ulama-ulama Syafi‘eyyah harus mandi selepas fajar atau sebelumnya.


5. Memakai Pakaian Yang Cantik
Sunat memakai pakaian yang terbaik. Afdhal memakai pakaian berwarna putih. Jika seseorang itu terdapat dua pakaian yang sama terbaik dan eloknya, maka yang putihlah diutamakan. Jika pakaian yang terbaik itu bukan berwarna putih, maka pakaian tersebut lebih afdhal daripada pakaian yang putih. Sunat juga memakai serban.


Menurut ulama-ulama Syafi‘eyyah, bahawa memakai pakaian yang terbaik, berharuman, mandi, menanggalkan bulu-buluan dan mehilangkan bau-bauan, selain disunatkan bagi orang yang pergi mengerjakan sembahyang hari raya, bahkan disunatkan juga bagi yang duduk di rumah. Ini kerana hari tersebut merupakan hari perhiasan.
6. Makmum Lebih Awal Datang Daripada Imam
Sunat bagi makmum datang awal selepas fajar bagi mengambil tempat duduk untuk mengerjakan sembahyang hari raya. Sementara sunat bagi imam keluar apabila tiba waktu untuk berjemaah sembahyang hari raya. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam selalu keluar pada hari raya adha dan hari raya fitri, lalu Baginda terus memulakan dengan sembahyang (hari raya).” (Hadis muttafaq ‘alaihi)

7. Berjalan Kaki Ke Tempat Mengerjakan Sembahyang
Sunat berjalan kaki ketika hendak menuju ke tempat mengerjakan sembahyang hari raya dan jangan menaiki kenderaan melainkan ada uzur seperti sakit, lemah atau sebagainya. Jika dia menaiki kenderaan juga, itu tidaklah mengapa. Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan kaki ketika hendak menuju ke tempat sembahyang hari raya, kerana itu adalah sesempurna akhlak dan tinggi kedudukan.


8. Pergi Ke Masjid Melalui Jalan Yang Panjang Dan Balik Melalui Jalan Yang Pendek
Sunat bagi setiap orang yang hendak pergi ke tempat sembahyang hari raya, melalui jalan yang lebih panjang dan balik daripada sembahyang melalui jalan yang lain yang lebih pendek. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar:


Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di hari raya mengikuti satu jalan kemudian balik mengikuti jalan yang lain.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Menurut Imam asy-Syafi‘e, sunat bagi imam ketika balik, berdiri di suatu tempat dengan menghadap kiblat sambil berdoa.

9. Menyeru Dengan seruan
Sunat menyeru untuk mendirikan sembahyang dengan seruan ketika hendak mengerjakan sembahyang hari raya. Ini diqiaskan dengan sembahyang kusuf, di mana disunatkan padanya menyeru dengan seruan tersebut. Tidak ada seruan azan dan iqamah bagi sembahyang hari raya, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas:


Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan sembahyang hari raya tanpa azan dan iqamah.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Sunday, November 14, 2010

Gambaran hari qiamat

Bismillah...

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

- Pemimpin yang adil. 

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah (saat Qabil membunuh saudaranya Habil). 

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Seripagi: Thanks Amelda for sharing this!