Monday, April 25, 2011

Nak duduk dalam kubur freehold ke leasehold?

Di suatu tengahari, selepas kuliah daripada Ust Husni (Zakat)

Seripagi :  Laa saya baru tahu yang orang kata kubur tu tanah 'leasehold' tu maksudnye apa..
Pakcik : Hmm selama nie kamu ingat macam mana?
Seripagi : Selama nie saya ingat memang la semua tanah tu 'leasehold' sebab semua yang ada di dunia  ni kan                
pinjaman Allah jee..

Pakcik : Habis tu sekarang yang kamu faham macam mana?
Seripagi : Tadi ustaz cakap, 'leasehold' tu maksudnya, setiap kubur boleh digali semula untuk 'top-up' dengan jasad lain kalau dah tak ade tanah kubur. Itu sebabnye tak boleh ada binaan atas kubur, nanti nak top-up susah.

Pakcik: Tapi ade juga yang dapat tanah kubur freehold. Awak nak satu?
Seripagi : Haa? ade ke? Cemana?

Pakcik : Kenalah jadi VIP.. kalau VIP kubur tu untuk dia je, nak tanam orang lain tak boleh dah..
Seripagi : ohhh nak kena jadi VIP la pulak

Pakcik : Awak pun boleh jadi VIP!
Seripagi : Saya? Nak jugak.. mcm mana?

Pakcik : Matilah syahid atau hafaz lah Al-Quran. Jasadnya tak hancur dek bumi. Jadilah dapat lah kubur freehold sebab tak boleh nak top-up!
Seripagi : Saya setuju!! :)


Kematian - Suatu Yang Pasti
Kematian – Suatu Yang Pasti

Wednesday, April 13, 2011

...antara frasa-frasa yang mengetuk akal dangkalku...

...mengemis kasih-Nya...
...is Allah satisfied?...
...selimut sutera kasih sayang-Nya...
...kerberkatan rumahtangga...
...anak-anak penyejuk mata...
...syafaat Rasul-Nya...
...rezeki halalan & toyyiban...
...isteri penajam fikiran...

setiap ketukan akan terus membuai aku menerawang ke alam fikir-zikir ku sendiri. cuba untuk membuka simpulan-simpulan rahsia frasa-frasa tersebut. definisinya, teorinya, amalinya, hasilnya, impaknya.. tapi selalu-selalunya aku GAGAL untuk menerobos pintu-pintu sirr (rahsia) itu.

ya Allah, hadiahilah kami HIDAYAHMU yang berterusan. Pudarkan dunia fana' ini, perjelaskan dunia baqa', supaya tidak kami tergolong dalam orang-orang yang meminta peluang kedua hidup di dunia selepas dicabutkan nyawa