Monday, April 25, 2011

Nak duduk dalam kubur freehold ke leasehold?

Di suatu tengahari, selepas kuliah daripada Ust Husni (Zakat)

Seripagi :  Laa saya baru tahu yang orang kata kubur tu tanah 'leasehold' tu maksudnye apa..
Pakcik : Hmm selama nie kamu ingat macam mana?
Seripagi : Selama nie saya ingat memang la semua tanah tu 'leasehold' sebab semua yang ada di dunia  ni kan                
pinjaman Allah jee..

Pakcik : Habis tu sekarang yang kamu faham macam mana?
Seripagi : Tadi ustaz cakap, 'leasehold' tu maksudnya, setiap kubur boleh digali semula untuk 'top-up' dengan jasad lain kalau dah tak ade tanah kubur. Itu sebabnye tak boleh ada binaan atas kubur, nanti nak top-up susah.

Pakcik: Tapi ade juga yang dapat tanah kubur freehold. Awak nak satu?
Seripagi : Haa? ade ke? Cemana?

Pakcik : Kenalah jadi VIP.. kalau VIP kubur tu untuk dia je, nak tanam orang lain tak boleh dah..
Seripagi : ohhh nak kena jadi VIP la pulak

Pakcik : Awak pun boleh jadi VIP!
Seripagi : Saya? Nak jugak.. mcm mana?

Pakcik : Matilah syahid atau hafaz lah Al-Quran. Jasadnya tak hancur dek bumi. Jadilah dapat lah kubur freehold sebab tak boleh nak top-up!
Seripagi : Saya setuju!! :)


Kematian - Suatu Yang Pasti
Kematian – Suatu Yang Pasti

3 comments:

me01my said...

thanks kak nad for sharing..baru tau ada kubur freehold n leasehold..kira leasehold jasad hancur la kan..

-fathiah-

nadrah said...

salam Fathiah,
lama tak jumpa ye :) harap sihat hendaknya..
yups, ust kata ajk masjid byk buang masa bincang pasal masalah kubur tak cukup. tuhla dia kata, kubur kan leasehold, bukak yg lama tu top-up je le. Mana yang jasad tak hancur lagi, kambus balik, amik pengajaran, habis citer.. huhu

Unknown said...

salam nad....
best nak kongsi dalam blog ku yer