Kau tidak perlu berwajah cantik
untuk menjadi seorang yang cantik
Dan tidak perlu memuji-muji
untuk menjadi orang yang disukai
Dan tidak perlu menjadi kaya
untuk menjadi orang yang bahagia
Cukuplah dengan membuat Tuhanmu redha dan kasih kepadamu
PASTI
Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia,
disukai dan disenangi oleh semua serta hidup bahagia
Andai kau lakukan 99 kebajikan
tetapi berbuat silap 1 kali
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang 1itu
dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain
Itulah hakikat manusia!
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan
dan cuma 1 kebaikan
Allah akan ampunkan semua 99 kesilapanmu
dan menerima amal baktimu yang 1 itu
Itulah Dia Tuhanku!
19. Adapun orang-orang yang diserahkan buku amalannya dan menerima dengan tangan kanannya, dia akan berkata (gembira):
"Nah! Bacalah buku amalanku ini!"
So as for he who is given his record in his right hand, he will say, "Here, read my record!
20. Sesungguhnya aku sangka bahawa aku akan menghadapi hisab amalanku"
Indeed, I was certain that I would be meeting my account."
[Surah Al Haqqah]
Orang Mu'min yang diserahkan buku amalan dan menerima dengan tangan kanannya adalah berada dalam perlindungan Allah. Dia membaca laporan kejahatan-kejahatannya dan setiap kali dia membaca laporan kejahatannya, berubahlah warna mukanya sehingga ia membaca laporan kebajikannya. Oleh itu, apabila dia membaca laporan kebajikannya, kembalilah semula warna mukanya, kemudian dia melihat kembali (buku amalannya), tiba-tiba kejahatannya telah ditukar dengan kebajikan dan pada ketika inilah dia berteriak, "Nah! Bacalah buku amalanku ini"
Sabda Rasulullah s.a.w "Siapa yang dihisab dengan rapi (dia) akan diazab". [Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, Abu Daud]
Masih ada sinar di hujung jalan.. Mari berpimpinan menuju sinar Rabb ku