Tuesday, August 24, 2010

Saf

Bismillah...

Antara perkara yang selalu membuatkan Seripagi tak khusyuk solat (banyak je menda yg ganggu solat nie..) ialah saf yang mempunyai longkang. Aduh, nak naknya kalau longkang tu di create di saf yang depan-depan. Nak ku tutup kan tak dapat. Dulu masa seripagi belajar, kalau saf depan tak penuh, saf belakang kira foul. Kalau saf depan berlongkang-longkang macam boleh main pac man tu pulak apa cerita ek. Memang pun agak-agaknya la, syaitan and the gang memang seronok  main pac man antara saf-saf jemaah ni. Kalau saf Seripagi yang terlibat dalam longkang-longkang ni, Seripagi selalu cuba tutup, mula-mula cuba rapat ke kanan, mintak2 orang kiri paham, tak paham jugak, lepas tu rapat ke kiri, orang kanan pun tak paham jugak. Susah betul la. Memang rasa rimas solat dalam keadaan macam ni. 


Pernah sekali solat di Masjid Bangi, ada makcik2 ni sibuk suruh kita rapat ke kanan sekali. Tapi saf tu dah panjang, takkan lah nak tarik sorang2 rapat ke kanan. Imam pun dah angkat takbir. Mungkin ada yang dah mula solat. Seripagi masa tu ikut jugak kan lah makcik yang sorang ni, lepas tu ada sorang lagi yang ikut sebelah seripagi. Yang sengal nya masa rukuk, dah perasan dah, rupanya sebelah orang yang sebelah Seripagi tu tak ikut pun ke kanan, maka terjadilah longkang balak yang besar. MasyaAllah! Longkang tu boleh memuatkan dalam 3-4 manusia lagi ke dalamnya. Seripagi mula stress di rakaat pertama. Bangun untuk rakaat kedua, stress tidak tertahan lagi, terus bagi salam, angkat kain, angkat kaki, pindah tempat, sambung saf yang valid tu. Usai solat (dahla kira masbuk), kulihat 2 orang makcik tu seolah-olah solat sendirian sebab longkang yang telah Seripagi 'create' tadi memanglah masih kekal menjadi longkang. Tiada sebarang renovation pada longkang tersebut. Detik itu merupakan moment of truth bukan sahaja kekuatan jamaie malah ilmu solat tu sendiri. 
Bukan Seripagi ada banyak ilmu, tapi saf solat adalah perkara yang berat untuk solat jemaah. Seripagi pernah dengar dalam satu ceramah, Khalifah Umar menyusun saf dengan pedangnya. Maksudnya siapa yang tak selari atau saf tidak lurus, pasti ada yang luka. Sebelum mulakan solat, imam akan laungkan "SAF... LURUSkan dan RAPAT-RAPATkan saf". Tapi masih berlongkang sana sini. Saf jemaah muslimin pun sama je Seripagi tengok solat jumaat dalam TV tu, macam allergy agaknya kalau bersentuh bahu tu agaknya. Bukannya nak suruh rapat2 sangat sampai tak boleh bergerak tapi memadailah kalau bersentuhan bahunya. Memadailah supaya syaitan tidak boleh lalu dengan lori2nya. Teringat surah As-Saff ayat 4:

 " Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan bangunan yang tersusun kukuh"




Bayangkan, perang pun Allah bayangkan kita dengan keteraturan. Spesifik Allah sebut 'bangunan yang tersusun kukuh'. Agaknya kalau bangunan yang kukuh, adakah batu-bata nya disusun berlongkang2? Mungkin tidak. Seripagi terjumpa artikel menarik, mari cuba kita baca:

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Seripagi: Terfikir satu cara nak didik umat, imam jangan mula solat selagi saf tak lurus dan rapat. Ke bagi imam sebilah pedang untuk luruskan saf, ala-ala Umar Al-Khattab?

Monday, August 16, 2010

Tribute to a lifetime friend - Asydi Jamil 2 June 1981 - 10 August 2010

Assalamualaikum Di,

Hari ni aku rasa baru ada kekuatan untuk mencoret di sini. Akakn kucoretkan umpama aku sedang berkata-kata secara langsung dengan kau, yang sebenarnya aku sangat rindu untuk berbual dengan kau, Di.

Kau pergi secara mengejut Di. Memang sangat-sangat mengejut. Kau pergi di penutup Sya'ban. Ramai orang raikan pemergian kau di malam Ramadhan eve selepas tarawih pertama kami. Semasa aku di rumah kau membaca tahlil, aku tengok ramai kawan2 kita yang datang. ramai kawan2 kau yang datang. Aku teringat, kau selalu suka connect kan kami yang lost contact ni. AKu kalau nak tau berita siapa-siapa termasuk cikgu2, aku akan tanya kau. Ingat tak, kau selalu nak buat reunion. Selalunya bila nak buat reunion, kau la yang bersusah payah. Kesian kau. Kami ni pulak, hanya tunggu invitation. Malam tu Di, kitorang semua reunion di rumah kau tanpa perlu kaku bersusah-susah contact dan follow-up. Ya Allah, beratnya pemergian kau ni.

Aku terima berita kau, ketika ayahku menjemputku dari stesen komuter, aku takkan lupa bait-bait dialog tu. Ayahku dengan berhati-hati break the news kepadaku,

Babah: I have bad news
ME: like what??
Babah: its about Asydi.
ME: what about him? Sakit ke? Accident? (aku dah mula cemas)
Babah: He's gone.
ME: Gone, where? Umrah? Migrate somewhere else without telling me?
Babah: He's gone to meet the Almighty...
ME: it's not funny bah..
Babah: mana boleh berita macam ni buat main??
ME: no, it cannot be... (me dialling your phone... its engaged..then, aku call mak aku, dia pun tak tahu.)
ME: babah tipu, mama tak tahu pun.
Babah: Memang lah, i just received the news.
ME: *speechless* dalam hati.. it cannot be, it cannot be...

Macam tu la aku rasa perasaan semua kawan-kawan kita bila dengar kau dah tiada. Macam tak percaya. Aku memang tak boleh terima sangat-sangat. It just dont feel right, my friend!

Then, babah tanya sama ada aku nk tengok kau atau tidak, aku terus kata please walaupun dah waktu maghrib. Kau masa tuh terkujur umpama tidur di atas pembaringan hospital KPJ. Doctor kata heart failure but of course you died because your heart failed to function!

Masa aku sampai, aku nampak Dini, isteri kau dengan anak2 kau.  Aku peluk Dini kuat2. Walau aku tak pernah berkawan dengan Dini, sekadar berbasa-basi bila jumpa di ketika raya rumah kau, waktu kami berpelukan aku rasa dia sebahagian dari aku, macam kau sebahagian dari aku.

Mesti kau pelik dan tersenyum bila aku cakap kau sebahagian dari aku kan? Iye Di, Susah aku nak explain. Tapi childhood aku memang ada kau. Aku pun terkejut  bila kau cakap ayah aku ade cakap dengan kau supaya jangan rapat2 sangat dengan aku. Ya lah, sebab masa tu kita kan dah meningkat dewasa. Kau bukan tak tau bapak aku tuh kan suka filter panggilan telefon esp bila aku sekolah menengah. Tapi dulu kalau aku borak dgn kau dia tak kisah, kalau dengan mamat2 sekolah yang cuba-cuba call tuh, mampus tak lepas.

Punya la kau ni dipercayai orang taman kita termasuk bapak aku. Aku ingat lagi dulu bila mak pak aku bising bila aku borak dengan kau, nant diorang suruh kau datang je rumah tak payah nak telefon2 dan kau pun akan datang ke rumah, kita borak2. haaa mak pak aku pun tak bising dah. Aku pun  tak tau ape la yang banyak kita cerita-cerita dulu. Ish macam-macam la. Dari dulu sampai besar, kau adalah kawan lelaki yang aku boleh cerita macam-macam Di. Kau tau cerita aku dekat SMAP*, kau tau cerita aku dekat MM*, aku pun tau cerita kau yang macam-macam, sampai cerita kau dengan Dini. Kau betul-betul sayang dan hargai Dini. Tapi bila kau dah kahwin, aku cuba tak call kau lagi sebab takut nak jaga hati Dini. Takut mungkin dia tak suka. Padahal kita ni family-friends. Kalau raya tiap-tiap tahun, mesti family kau yang sampai dulu ke rumah aku. Raya lepak-lepak je, sebab dua2 pun  takde kampung jauh.

Bila aku tengok kau terkujur kaku kat hospital, aku jadi bodoh yang agak lama Di. Aku tak boleh terima... aku tak boleh terima. Sepanjang usia perkenalan kita, aku tak pernah tengok kau dari jauh atau dari dekat tanpa tawa, senyum lebar atau tanpa kau berkata-kata. Tak pernah. Di saat itu, aku tau aku rindukan senyuman kau, gurauan kau, dan nasihat-nasihat kau. Memang aku rindu.

Sehari semalam sebelum kau pergi aku rasa sangat sedih yang tak semena-mena. Aku menangis semahu-mahunya tanpa tahu apa sebabnya. Adakah itu petanda pemergian seorang sahabat baik semakin hampir? Itu aku tak tau.

2 hari selepas kau pergi, harijadi aku. Kau tak pernah lupa harijadi aku Di. Aku je yang selalu missed harijadi kau. Kau mesti wish di harijadi aku, a quick call. Masa tu kau akan tanya khabar aku, suami aku, anak aku, mak bapak aku, kerja aku dan aku.... hanya akan sebok bercerita cerita-cerita bodoh aku tu. Aku tak ingat sama ada aku pernah tanya ke soalan2 yang sama pada kau. Begitulah teruknya aku ni. Tahun ni aku betul2 rasa kehilangan. Aku terima lebih banyak wish Di tahun ni. Thanks to facebook. Kebanyakkan wish pakai SMS dan facebook. Ada jugak wish bila face to face. Eh tapi pelik la bila kau tak call. Aku selalu tengok nama kau dalam handphone aku. Aku rasa nak telefon.

Aku tau, aku bukan kawan baik kau. Kawan baik kau ramai. Yang memang menjalani hidup dan hubungi kau hari2 dan mengenali ahli keluarga kau dengan lebih dekat lagi. Tapi Di, kau memang kawan baik aku. Kalau buat list, ramai kawan baik perempuan dan kau adalah kawan baik lelaki aku.

Di, aku nak minta maaf pada kau sebab aku tak pernah tunjuk betapa aku hargai persahabatan kau. Macam kau cakap dulu la, aku ni kan sombong sikit. Tapi kau banyak ajar aku mengenai kehidupan. Orang mungkin nampak kau playful, tapi kata-kata nasihat kau selalunya lebih matang. Kau selalu cakap kita jangan lupa diri. Hidup ni macam roda. Kena selalu jaga hati orang. Selalu bersangka baik. Mesti hormat orang tua.

Aku selalu take for granted persahabatan kau. Tapi kau tak kisah pun. Kau selalu ada bila aku perlukan kau. Aku telefon mesti dapat walau kau akan cakap nanti kau telefon balik. Adoi Di, kepala aku dah mula pusing. Aku rasa airmata aku nak keluar. Tapi aku kena habis menulis benda ni. Kalau tak aku macam tak redha kau pergi lagi. Aku selalu je rasa kau masuh ada. Aku masuk facebook tengok gambar-gambar kau. Aku memang rasa kau ada lagi. Jadi aku kena luahkan semua di sini. Aku mesti.

Kau tau tak Di, bila hubby aku dah balik dari overseas ni, aku memang berazam nak kita jadi family friend macam parents kita. Aku start tahun lepas. Kan kitorang datang raya rumah kau. Seronokkkan? Sebelum ni aku rasa segan la, takut la nak rapat-rapat sangat, sebab hubby aku takde. Aku pun takde kenderaan dan berjala-jalan sangat. Sekarang aku ada rumah sendiri tapi tak masuk lagi. Aku ingat nanti nak jemput kau satu family datang, aku masak. Aku tak pernah bagitau kau menda tu kan. Biasalah aku suka buat-buat sombong sekarang aku yang termangu sendiri.

Di, aku akan cuba bagi kau hadiah hari-hari. Kau terima tak hadiah-hadiah aku? Maaf lah kalau tak sesempurna mana. Sekarang ni aku tengah marathon mengaji untuk kau. Aku niat nak khatam untuk kau. Oh Allah, tolong la kira aku khatam quran ni, macam Asydi yang khatam. Bila aku baca Quran, semangat aku naik sikit. Aku pun selalu doakan supaya Allah gantikan kehilangan kau pada Dini dengan yang lebih baik. Eh kau jangan salah anggap pulak, maksud aku anak2 yang soleh dan solehah Di. Anak2 kau comel. Aku minta maaf, aku tak pernah ziarah pun bila anak2 kau first lahir. Aku ni selalu berazam je tapi lepas tuh datang fikiran macam-macam,bodoh lah aku ni kan?

Oh yer teringat bila kita last bercakap 7.7.2010. hari Ust Amin meninggal. Aku cakap kenapa kau tak telefon aku. Kau kata kau update kat facebook. Kau ingat aku dah tau sebab kawan-kawan lain semua dah tau. Aku cakap kat aku tak boleh akses facebook. Lepas tu ade ke kau suruh aku beli blackberry. Aku faham supaya aku selalu jadi up to date. Rupanya kau dah nak pergi, kau dah tak boleh update aku apa2 lagi. Hmm sekarang ni, perlu ke aku beli blackberry?? Teringat kan itu buat aku tersenyum. Macam kelakar sedikit wasiat terakhir kau tu. Atau mungkin aku perlu beli baru akan datang hikmah selepas itu? wallahu'alam.

Di, kalau aku cakap kau jangan sedih tau. Kalau la aku yang sekadar ni boleh rindu kat kau, mesti anak2 kau sangat rindu kat papa diorang. Dini apetah lagi. Ahh, makin sakit kepala aku ni. Kau jumpa tak ust amin kat sana? Sori la aku tanya macam orang tak belajar agama je. Tapi mana tahu, alam barzah takde siapa yang tahu. Mungkin Allah kumpulkan orang-orang baik di bulan Ramadhan ni untuk berehat dan bersantai sejenak.

InsyaAllah Di, kau akan sentiasa menerima kunjungan dan rantaian doa dari kami. Lebih comel lagi, bila nanti doa anak-anak kau sampai kepada kau.

Ok lah Di, aku akan menyusul kau juga satu hari nanti. Kau dah selamat menutup buku kaku di dunia. Tapi aku, masih perlu meneruskan dosa2 yang sangat payah aku elakkan masuk ke dalam buku itu. Bersemadilah kau dengan tenang di sana Di. Kau diredhai ramai orang di dunia ini terutamanya mak kau. Dia tampak kuat. Bila aku menangis, dia beritahu aku; " Jangan risau nad, Asydi anak yang baik. Tengok dia pergi senang je". Aku yakin Di, Allah pasti rahmati dan redhai kau dengan redha ibu bapa kau. Yang pasti, kami semua rindu kan kau.

Buat yang membaca, kalau ada. Tolonglah hadiahkan Al-fatihah pada kawan saya Asydi bin Jamil. Kalian mungkin tidak mengenali dia tapi jika kalian mengenali dia, tentu kalian juga akan kasih kepadanya kerana dia sentiasa kasih kepada teman-temannya.

Al-fatihah.