Antara perkara yang selalu membuatkan Seripagi tak khusyuk solat (banyak je menda yg ganggu solat nie..) ialah saf yang mempunyai longkang. Aduh, nak naknya kalau longkang tu di create di saf yang depan-depan. Nak ku tutup kan tak dapat. Dulu masa seripagi belajar, kalau saf depan tak penuh, saf belakang kira foul. Kalau saf depan berlongkang-longkang macam boleh main pac man tu pulak apa cerita ek. Memang pun agak-agaknya la, syaitan and the gang memang seronok main pac man antara saf-saf jemaah ni. Kalau saf Seripagi yang terlibat dalam longkang-longkang ni, Seripagi selalu cuba tutup, mula-mula cuba rapat ke kanan, mintak2 orang kiri paham, tak paham jugak, lepas tu rapat ke kiri, orang kanan pun tak paham jugak. Susah betul la. Memang rasa rimas solat dalam keadaan macam ni.
Pernah sekali solat di Masjid Bangi, ada makcik2 ni sibuk suruh kita rapat ke kanan sekali. Tapi saf tu dah panjang, takkan lah nak tarik sorang2 rapat ke kanan. Imam pun dah angkat takbir. Mungkin ada yang dah mula solat. Seripagi masa tu ikut jugak kan lah makcik yang sorang ni, lepas tu ada sorang lagi yang ikut sebelah seripagi. Yang sengal nya masa rukuk, dah perasan dah, rupanya sebelah orang yang sebelah Seripagi tu tak ikut pun ke kanan, maka terjadilah longkang balak yang besar. MasyaAllah! Longkang tu boleh memuatkan dalam 3-4 manusia lagi ke dalamnya. Seripagi mula stress di rakaat pertama. Bangun untuk rakaat kedua, stress tidak tertahan lagi, terus bagi salam, angkat kain, angkat kaki, pindah tempat, sambung saf yang valid tu. Usai solat (dahla kira masbuk), kulihat 2 orang makcik tu seolah-olah solat sendirian sebab longkang yang telah Seripagi 'create' tadi memanglah masih kekal menjadi longkang. Tiada sebarang renovation pada longkang tersebut. Detik itu merupakan moment of truth bukan sahaja kekuatan jamaie malah ilmu solat tu sendiri.
Bukan Seripagi ada banyak ilmu, tapi saf solat adalah perkara yang berat untuk solat jemaah. Seripagi pernah dengar dalam satu ceramah, Khalifah Umar menyusun saf dengan pedangnya. Maksudnya siapa yang tak selari atau saf tidak lurus, pasti ada yang luka. Sebelum mulakan solat, imam akan laungkan "SAF... LURUSkan dan RAPAT-RAPATkan saf". Tapi masih berlongkang sana sini. Saf jemaah muslimin pun sama je Seripagi tengok solat jumaat dalam TV tu, macam allergy agaknya kalau bersentuh bahu tu agaknya. Bukannya nak suruh rapat2 sangat sampai tak boleh bergerak tapi memadailah kalau bersentuhan bahunya. Memadailah supaya syaitan tidak boleh lalu dengan lori2nya. Teringat surah As-Saff ayat 4:
" Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan bangunan yang tersusun kukuh"
Bayangkan, perang pun Allah bayangkan kita dengan keteraturan. Spesifik Allah sebut 'bangunan yang tersusun kukuh'. Agaknya kalau bangunan yang kukuh, adakah batu-bata nya disusun berlongkang2? Mungkin tidak. Seripagi terjumpa artikel menarik, mari cuba kita baca:
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Seripagi: Terfikir satu cara nak didik umat, imam jangan mula solat selagi saf tak lurus dan rapat. Ke bagi imam sebilah pedang untuk luruskan saf, ala-ala Umar Al-Khattab?
No comments:
Post a Comment