Bismillahirrahmanirraheem..
Pembacaan Solusi isu no. 23, kolum Tanbih oleh Puan Noraslina Jusin sangat mengejutkan Seripagi dari kealpaan menjaga suami tersayang. Penulisannya santai dan bersahaja, menerangkan sesuatu yang pernah saya ketahui sebelum ini. Tetapi olahan dan penyampaiannya dapat menyentakkan Seripagi dan insyaAllah sahabat-sahabat Muslimat yang membaca. Semoga bermanfaat.
Kita tahu Allah tidak membezakan manusia dengan perkara-perkara lain kecuali dengan nilai tinggi taqwa seseorang.. betul?? Allah juga sebenarnya tidak pernah berat sebelah kepada lelaki ataupun wanita... betul?? Seripagi percaya, dalam usia dewasa ni, kita semua sudah pernah mendengar kupasan-kupasan ayat yang tentang bagaimana lelaki itu ketua kepada wanita. Tetapi tanggungjawab yang digalas oleh kaum lelaki dan wanita itu sebenarnya sama beratnya. Buktinya Allah tidak memberi pahala hanya kepada sang suami yang solat Subuh berjemaah tanpa memberikan pahala kepada isterinya yang sentiasa mengingatkan suami untuk solat berjemaah di masjid. Oklah, soal dosa pahala tu hak Allah, susah kita nak quantify. Bab tanggungjawab pulak, tugas isteri mendidik anak-anak tetapi yang membentuk silibus dalam diri isteri itu adalah sang suami yang mana bermula sejak dia memilih calon isteri tu sendiri .. setuju?? kalau tak setuju takpe tp itu pandangan Seripagi.
Berbalik pada kolum Tanbih, kolumnis ini bertanyakan pada suaminya, kenapa di dalam alquran itu, ganjaran lelaki soleh itu Allah lebihkan dengan adanya bidadari. Pertama kali mendengar/mentadabbur ayat2 yang memberikan ganjaran bidadari kepada lelaki soleh (rijuk surah Al-Waqiah), Seripagi juga menjadi cemburu, rasa tak adil. Dan pada masa sekolah dulu, Seripagi dan kawan-kawan akan bertanya, adakah wanita solehah juga disediakan bidadara yang teruna seperti lelaki soleh yang mendapat bidadari-bidadari yang perawan (baca: bukan satu bidadari tau, ramai... walaupun untuk seorang lelaki soleh). Bukan sedikit rasa cemburu dalam hati Seripagi dan teamn2 waktu itu. Kemudian ustaz/ustazah akan menerangkan bahawa perempuan yang solehah atau isteri2 yang solehah mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari bidadari di syurga, wajah wanita2 solehah adalah lebih jelita daripada bidadari-bidadari syurga. Malah, isteri solehah akan menjadi ketua bidadari syurga. Ok fine...
Apa yang menariknya dalam kolum tersebut, kolumnis mengajak para isteri untuk sentiasa peka dan berhati-hati. Sebabnya, suami-suami kita ini bukan sahaja diperhatikan oleh wanita-wanita lain di dunia, malah diintai juga oleh bidadari-bidadari di syurga. Sudah tentu suami kita suami yang soleh kan? InsyaAllah...
Rasulullah berpesan " Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia. Jika tidak, bidadari-bidadari yang menjadi isterinya di Syurga akan berkata kepadanya, "Janganlah kamu menyakiti, sesungguhnya dia ialah tetamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami" - Riwayat Ahmad no. 22154 dan At-Tirmizi no. 1174 daripada Mu'az bin Jabal r.a.)
Amacam, menyengat tak hadis ni??
Bila baca hadis ni, dada ni rasa cemburu yang mengasak-asak dengan ganasnya. Seripagi terus tersedar yang cinta yang kita bina bersama suami adalah untuk kekal hingga ke Syurga. Seripagi mesti pastikan Seripagi, suami Seripagi dan anak2 Seripagi sampai ke syurga Allah, insyaAllah.
Kesimpulan yang dibawa penulis juga sangat bagus. Beliau meletakkan satu cita-cita yang mesti ada dalam diri setiap isteri iaitu Ku Ingin Jadi Bidadarimu... biaq bidadari gigit jari!! ops...
2 comments:
Tersenyum akak Telipuk membaca coretan Seripagi ni...bukan apa, Telipuk pun dulu cam tu juga...nak jugak dapat bidadara...tak kira...tak kira...nak jugak! Hahaha...sekarang ni Telipuk dah tak peduli dah...bidadari ke bidadara ke...janji Telipuk dapat gak bolos masuk syurga Allah...yelah, lepas tu tak kisah dah kan...insyaallah, terima kasih kerana mengingatkan.
Betul..betul..betul..kalau dapat syurga tuh..dapat minum susu ngan madu pun dah tak terkira dah rahmatnya. Hmmm...berangan dulu - buku akaun tak berapa nak penuh lagik...
Post a Comment