Thursday, July 17, 2014

Maafkan aku saudaraku!

Graffiti of boy holding Palestinian flag
 
 
For a helpless and hopeless Muslim like me...what can I do for them:
1. Non-stop Dua
2. Boycott
3. Donate
4. Strive to be a good Practicing Muslim
 
Insha Allah...:-(
 
 

Thursday, July 3, 2014

Adab Baca Quran

Sempena pesta Ibadah dan bulan Al-Quran ini, jom kita ulangkaji adab membaca Quran :)

Copy paste from ust zahazan, thank you ust :)

 
Adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi

  1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.

  2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.

  3. Membaca dalam keadaan berwudhuk.

  4. Mengadap ke arah kiblat.

  5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz (Audzubillahiminasyaitaanirrojeem)

  6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.

  7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain.Al-Imam al-Ghazali mengatakan jika kita bimbang akan timbuyl riyak iaitu ingin menunjuk-nunjuk,maka membaca secara perlahan itu lebih utama.Sebaliknya jika dapat menjaga dari timbulnya penyakit tersebut, maka digalakkaan membaca dengan suara yang nyaring.- Ihya` Ulumiddin.

  8. Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.

  9. Membaca dengan mentadabbur dan menangis.

  10. Memuliakan al-Quran.Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan tentang sesuatu yang amat penting.

  11. Membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.

  12. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.

  13. Sentiasa membaca al-Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu.Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang-orang yang lalai”.no 2085, hadith sahih mengikut syarat Muslim

  14. Berusaha menghafaz ayat-ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat-ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.

  15. Meletakkan target untuk mengkhatamkan al-Quran itu.

  16. Memanjatkan doa sebaik tamat dari membaca al-Quran kerana waktu itu merupakan antara waktu mustajab doa.

  17. Dilarang membaca al-Quran di tempat-tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas dan sebagainya. Menurut Qadhi Beirut al-Syeikh Ab Latif dalam kitab al-Tabyiin Fi Ahkam Tilawat al-Kitab al-Mubin terdapat adab-adab selain dari yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi iaitu :

  18. Mengucup al-Quran kerana dkiaskan dengan mengucup al-Hajar al-Aswad kerana ia juga merupakan hadiah Allah kepada.

  19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada al-Hajar al-Aswad.

  20. Meletakkan al-Quran pada tempat yang tinggi.

  21. Berusaha untuk menghayati isi al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis.

  22. Tidak memberi salam pada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

Wednesday, July 2, 2014

The Little Things That Count

Bismillahirrahmanirraheem...

Yesterday was one exhausting day...we came back home around 9.30pm. The kids and i were already asleep in the car and i cant wait to get to bed once we reached home.

The only thing i told him "Please do wake me up once u came  back from Taraweeh because i need to cook rice"

I woke up at 3am. Feeling blessed that Allah woke me.. thinking he forgot to wake me up

I stood and went straight to the kitchen. My hand grab the rice cooker and it was mild hot. Yes, i was surprised. I opened the lid and there was the white rice, perfectly cooked.

From afar i looked at him, at that moment i know, Allah has blessed me far greater by sending him to complete me.

O Allah, please let me complete him as he completes me, always

May Allah grant you Jannah...hope to be there with you still..

-anonymous-

2:148
Al-Baqarah 148
For each [religious following] is a direction toward which it faces. So race to [all that is] good. Wherever you may be, Allah will bring you forth [for judgement] all together. Indeed, Allah is over all things competent.

Thursday, January 23, 2014

Nota untukku di awal tahun Masihi

Kata-kata Almarhum Syeikh al-Tantawi
 
Kau tidak perlu berwajah cantik
untuk menjadi seorang yang cantik
 
Dan tidak perlu memuji-muji
untuk menjadi orang yang disukai
 
Dan tidak perlu menjadi kaya
untuk menjadi orang yang bahagia
 
Cukuplah dengan membuat Tuhanmu redha dan kasih kepadamu
PASTI
Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia,
disukai dan disenangi oleh semua serta hidup bahagia
 
Andai kau lakukan 99  kebajikan
tetapi berbuat silap 1 kali


 Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang 1itu
dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain
 
Itulah hakikat manusia!
 
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan
dan cuma 1 kebaikan
 
Allah akan ampunkan semua 99 kesilapanmu
dan menerima amal baktimu yang 1 itu
 
Itulah Dia Tuhanku!
 
 
69:19
19. Adapun orang-orang yang diserahkan buku amalannya dan menerima dengan tangan kanannya,  dia akan berkata (gembira): "Nah! Bacalah buku amalanku ini!"
So as for he who is given his record in his right hand, he will say, "Here, read my record!
 
69:20

20. Sesungguhnya aku sangka bahawa aku akan menghadapi hisab amalanku"
Indeed, I was certain that I would be meeting my account."
[Surah Al Haqqah]

 
 
Orang Mu'min yang diserahkan buku amalan dan menerima dengan tangan kanannya adalah berada dalam perlindungan Allah. Dia membaca laporan kejahatan-kejahatannya dan setiap kali dia membaca laporan kejahatannya, berubahlah warna mukanya sehingga ia membaca laporan kebajikannya. Oleh itu, apabila dia membaca laporan kebajikannya, kembalilah semula warna mukanya, kemudian dia melihat kembali (buku amalannya), tiba-tiba kejahatannya telah ditukar dengan kebajikan dan pada ketika inilah dia berteriak, "Nah! Bacalah buku amalanku ini"
 
 
Sabda Rasulullah s.a.w "Siapa yang dihisab dengan rapi (dia) akan diazab". [Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, Abu Daud]
 
Masih ada sinar di hujung jalan.. Mari berpimpinan menuju sinar Rabb ku