Sempena pesta Ibadah dan bulan Al-Quran ini, jom kita ulangkaji adab membaca Quran :)
Copy paste from ust zahazan, thank you ust :)
Copy paste from ust zahazan, thank you ust :)
Adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi
- Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
- Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
- Membaca dalam keadaan berwudhuk.
- Mengadap ke arah kiblat.
- Memulakan dengan at-Ta’awwuz (Audzubillahiminasyaitaanirrojeem)
- Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
- Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain.Al-Imam al-Ghazali mengatakan jika kita bimbang akan timbuyl riyak iaitu ingin menunjuk-nunjuk,maka membaca secara perlahan itu lebih utama.Sebaliknya jika dapat menjaga dari timbulnya penyakit tersebut, maka digalakkaan membaca dengan suara yang nyaring.- Ihya` Ulumiddin.
- Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
- Membaca dengan mentadabbur dan menangis.
- Memuliakan al-Quran.Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan tentang sesuatu yang amat penting.
- Membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
- Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
- Sentiasa membaca al-Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu.Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang-orang yang lalai”.no 2085, hadith sahih mengikut syarat Muslim
- Berusaha menghafaz ayat-ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat-ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
- Meletakkan target untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
- Memanjatkan doa sebaik tamat dari membaca al-Quran kerana waktu itu merupakan antara waktu mustajab doa.
- Dilarang membaca al-Quran di tempat-tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas dan sebagainya. Menurut Qadhi Beirut al-Syeikh Ab Latif dalam kitab al-Tabyiin Fi Ahkam Tilawat al-Kitab al-Mubin terdapat adab-adab selain dari yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi iaitu :
- Mengucup al-Quran kerana dkiaskan dengan mengucup al-Hajar al-Aswad kerana ia juga merupakan hadiah Allah kepada.
- Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada al-Hajar al-Aswad.
- Meletakkan al-Quran pada tempat yang tinggi.
- Berusaha untuk menghayati isi al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis.
- Tidak memberi salam pada seseorang yang sedang membaca al-Quran.
No comments:
Post a Comment